Kebersihan bilik sewa

kebersihan bilik sewa, sewa bilik dengan rakan, kongsi rumah dengan teman

Kebersihan merupakan aspek yang sangat penting bagi majoriti antara kita terutamanya dalam kehidupan di dalam rumah sewa apabila kita perlu berkongsi bersama ramai lagi housemates. Pelbagai ragam yang boleh kita lihat melalui perbezaan perwatakan antara setiap housemate. Apa pula sikap anda sendiri? Adakah anda seorang yang prihatin dan menitik beratkan perihal rumah sewa? Ya, kami maksudkan tentang kebersihan.

Pada mulanya admin berpendapat bahawa isu kebersihan ini hanya wujud dalam kalangan housemates lelaki. Jelas jangkaan admin sangat tersasar kerana apabila membuat sedikit kaji selidik, isu kebersihan juga memang ketara wujud dalam kalangan housemates perempuan juga. Pelik, tapi benar, bayangkanlah kalau seorang lelaki dan seorang perempuan yang dua-duanya tak reti jaga kebersihan. Wow, rumah mereka, pasti meriah! Jangan sengih, ni mengumpat awak ni.

Opini admin

Bagi admin, orang yang pengotor ni dia ada suatu sikap kreatif dan daya tahan yang tinggi. Ini scene yang sangat common dalam rumah sewa. Jika anda menyewa dalam rumah tak kiralah berapa ramai housemates, empat, enam ataupun lima belas housemates sekali pun, pasti yang rajin buang sampah hanya segelintir sahaja. Mungkin 1-2 orang? Itupun sebab mungkin sampah tu menimbun di dapur, nak masak rasa nak muntah, atau tong sampah tu depan bilik jadi ulat sampah tu dah mula masuk ke dalam bilik.

Ini apa jenis Homosapien? Kucing pun kalau dekat bekas buang air dia kalau dah bertimbun dia tak buang air disitu lagi tau? Awak boleh lagi timbus sampah sampai menggunung tinggi. Pengalaman admin sendiri, pernah sampah tu lebih tinggi pada tong sampah. Yang lawaknya, tiada siapa yang nak bertanggungjawab untuk ikat dan buang sampah tu keluar, malah lagi ditingkat-tingkatkan lagi selagi tak jatuh sampah tu kebawah. Tak ke kreatif tu? Kreatif mung krek krek, kata orang Terengganu. (Kreatif lah sangat!)

Mengapa sukar sangat untuk buat perkara yang mudah? Mungkin tiada siapa yang bersuara terlebih dahulu. Admin ni bukanlah baik sangat, tapi admin menyewa bilik dahulu, admin suka semuanya bersih, mungkin tak lah perfect tapi teratur dan bersih. Kotor sedikit, tak mengapa, biasalah – rumah bujang beb! Tapi janganlah sampai tidur sebelah ulat sampah. Takkan sampai nak kena beritahu sorang-sorang yang kita perlu bergilir-gilir, dan ambil inisiatif sendiri untuk membantu? Biasanya sikap ni timbul bila kita nampak dah ada orang lain buat.

“Ala, takpe, biarlah, Syed kan ada, nanti dia buanglah tu”

Bro, Syed ada pakai beep Alam Flora ke? Tanggungjawab kebersihan ni tanggungjawab bersama. Kita jangan cliche. Kita perlu bantu orang keliling kita untuk membersihkan rumah sewa kita, tahu? Ini bukan sahaja terhad kepada sampah yang menimbun di dalam tong sampah, juga berkait dengan bilik air sharing.

Ini satu hal juga. Dulu masa admin menyewa bilik, admin dapat rumah dua tingkat dan bilik bawah. Di bawah ada satu bilik sahaja. Jadi bilik sewa tu admin share bersama roommate admin. Di atas ada 3 bilik termasuk bilik master dan juga 2 tandas, satu di bilik master dan satu lagi di tengah-tengah antara dua lagi bilik sharing. Ceritanya, admin dan roommate admin memang rajin kemas dan juga jaga kebersihan tandas. Kiranya, tandas bawah itu kami yang punyalah. Jadi sentiasa bersih. Nak dijadikan cerita, disebabkan tandas kami bersih, kami punya tandas tu sering ada pelawat. Pelawat dari tingkat atas. Nak tahu kenapa? Sebab tandas atas kotor sangat, diorang tak lalu nak mandi dekat situ. Habis tu kau basuh lah tandas tu, kenapa pulak kau nak turun bawah.

Lepastu bila tandas kitorang kotor, korang dah tak turun pakai dah, sampai kitorang bersihkan semula. NICE. Seronok juga jadi bibik. HAHA. Bukan apa, sama-samalah bersihkan. Tak salahkan? Zaman sekarang, bilik sewa lebih advance. Kalau menyewa dengan agent real estate, biasanya sekarang dah ada agreement untuk cleaner datang sekali seminggu atau sekali dalam dua minggu untuk membersihkan rumah. Tapi jangan buat muka terkejut sangatlah, lagi ada cleaner, lagi pemalas manusia ni boleh jadi. Memang tak boleh harap lagi-lagi kalau student. Belum lagi nak diceritakan bab dah makan, pinggan tak basuh. Sudahlah, admin malas lagi membebel, lu pikir la sendiri!

Kebersihan rumah sewa, tanggungjawab kita bersama!

 


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

 
×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?
 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up

X
- Enter Your Location -
- or -