kecurian bilik sewa, sewa bilik dengan kawan

Pengalaman yang kami bawa dalam berkongsi tentang perkara-perkara yang berkaitan bilik sewa kebanyakannya adalah pengalaman peribadi kami sendiri mengalami kecurian bilik sewa. Juga seperti anda, ada antara kami juga yang pernah menempuh zaman-zaman universiti dahulu dimana kami perlu menyewa bilik di dalam rumah yang dikongsi bersama lebih kurang 12 hingga 14 orang lazimnya. Boleh dikatakan semua mempunyai kunci pendua, ataupun duplicate keys yang mana tujuan asalnya adalah untuk memudahkan pergerakan keluar masuk rumah. Waktu kelas yang berbeza menjadikan ianya wajib bagi setiap penyewa bilik untuk memegang kunci masing-masing terutamanya pintu utama dan sudah tentu bagi bilik sewa sendiri.

Kecurian boleh berlaku samada di dalam bilik sewa anda ataupun di dalam rumah yakni selain daripada di dalam bilik sewa anda. Banyak sebab menyumbang kearah berlakunya kejadian curi di rumah sewa. Kalau anda seorang pelajar sekarang dan melalui pengalaman sama, jika anda tidak percaya, masuk ke rumah sewa anda dan lihat bagaimana laptop, telefon bimbit dan banyak lagi barang-barang berharga seperti dompet diletakkan di tempat-tempat yang terdedah dan berisiko tinggi. Percayalah, admin sendiri sekarang sewa bilik kepada pelajar-pelajar di Shah Alam. Pernah sekali admin datang tanpa memberitahu awal-awal dan dengan mudah admin masuk kedalam rumah kerana pintu depan tidak berkunci dan ketika itu ada dalam lebih kurang 6 orang yang sedang nyenyak tidur. Jika admin seorang pencuri, habis barang-barang tersebut hilang.

Jadi disini admin ada beberapa tip yang mungkin berguna bagi anda diluar sana sebagai penyewa bilik ataupun rumah. Mungkin ada yang terima perkara ini dan mungkin juga tidak. Cuba baca dibawah:

Berkenalan dengan jiran

Ramai yang memandang ringan perkara ini tetapi ianya sangat membantu bukan sahaja disaat kecurian, malah disaat kita memerlukan bantuan. Bukanlah bermaksud kita mengambil kesempatan terhadap jiran kita, tetapi bukankah baik kita saling mengenali, barulah dari situ timbul rasa hormat. Ramai pelajar yang tinggal dikejiranan yang sekelilingnya adalah penghuni yang berkeluarga. Semasa admin menyewa dahulu, admin baik dengan jiran kedua-dua rumah kiri dan kanan. Berbual dan bertanya khabar. Ada kalanya, ketika kami semua bercuti semester, kami akan memberitahu kepada jiran-jiran kami dan mereka akan membantu tengok-tengokkan rumah kami kerana ada juga yang meninggalkan barang seperti helmet dan sebagainya.

Apabila jiran lebih mengenali kita, walau seramai mana pun tinggal didalam rumah tersebut, mereka akan dapat cam muka yang tidak biasa dirumah dan boleh memberitahu kepada kami jika mereka mengesyaki sebarang aktiviti yang luar pada normal. Ini adalah langkah berjaga-jaga, walaupun ianya tidak sempurna dan kecurian tetap boleh berlaku, akan tetapi ianya dapat mengurangkan risiko berlakunya kecurian yang lebih merugikan – seperti kecurian motor dan sebagainya.

Berkomunikasi dengan housemate/roommate

Tidak pelik ramai antara kita yang suka “Mind your own business” dan itu adalah hak peribadi masing-masing tetapi ada juga kekurangan disebalik sikap sebegini. Perkara seperti ini jarang berlaku jika menyewa bersama rakan-rakan yang kita kenali tetapi berlaku dalam kalangan penyewa yang saling tidak mengenali. Pengalaman peribadi admin sendiri, admin mempunya housemate yang sering membawa balik rakan ke rumah dan kami housemate lain sedar yang rakan yang di bawa pulang tersebut untuk “melepak”, bukanlah seorang kawan yang baik. Kami cuba menasihati housemate kami tersebut akan tetapi “Communication Barrier” wujud dan dia tidak mendengar nasihat kami.

Nak dijadikan cerita, suatu hari housemate kami tumpang menyimpan motor dirumah “kawan” tersebut dan tidak sampai dua hari, katanya motor tersebut hilang dicuri. Kawannya pula memberi alasan telah dicuri oleh rakan yang tidak dikenali. Ini hanya satu contoh, banyak lagi contoh dimana membabitkan housemate.  Perselisihan yang tidak dijelaskan yang menjurus kepada perbuatan khianat juga pernah berlaku. Perkara semudah mencuri baju sekalipun adalah sangat lazim! Apatah lagi jenis orang yang mencuri duit rumah sewa. Bermacam ragam.

Kecurian bilik sewa

Perkara semudah mengunci pintu rumah selepas masuk apatah lagi keluar adalah perkara yang orang anggap remeh. Biasalah, “Eh biarlah pintu tu nak lock buat apa kejap lagi dorang balik”. Zaman sekarang tak boleh macam tu dik, orang kalau nak rompak, tak tunggu member kau balik. Tingkap dibuka seluas-luasnya, motor tak lock disc, laptop biar bersepah-sepah lepas pakai, wallet letak tempat terdedah. Ingat dik, zaman sekarang muka harmless tapi perangai astaghfirullahalazim. Kita kena selalu berwaspada dan jangan leka.

Ambil ringan perkara ni maka berlakulah tragedi oktober. Cuba adik fikir, sedangkan maggie pun orang rembat apatah lagi duit singgit-singgit atas meja kau.

Apa lagi?


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

 
×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?
 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up

X
- Enter Your Location -
- or -