Adakah sukar untuk anda mencari penyewa bilik yang menepati kriteria yang anda mahu? Apakah kriteria yang khusus yang anda perlukan dari penyewa bilik anda? Kami di hidup.my percaya platform yang kami sediakan adalah platform yang terbaik bagi anda. Disini kami gariskan dua panduan penting untuk anda mencari penyewa bilik.

Iklankan bilik sewa anda

Ini perkara yang sangat mudah. Daftar sebagai pengguna laman web kami dan terus iklankan bilik untuk disewa anda. Suka kami nasihati bagi anda yang mengiklankan bilik sewa untuk memasukkan butiran-butiran lengkap serta menarik bagi bilik yang anda sewakan. Meletakkan sesuatu yang menarik perhatian pengguna lain adalah amat penting kerana ia akan meningkatkan potensi untuk anda dihubungi dan bilik sewa anda disewakan. Pilihan atau option yang lengkap juga telah kami sediakan untuk anda penuhkan sebagai informasi kepada pengguna lain.

Daftar pengguna hidup.my: http://hidup.my/register/

3 Tips pengiklanan bilik sewa

*Pastikan maklumat bilik sewa yang disediakan jelas
*Muat naik gambar bilik sewa yang kemas dan menarik
*Letakkan nombor telefon anda dan pastikan anda senang dihubungi

Ramai pengguna yang memandang ringan tentang maklumat lengkap tentang bilik yang disewakan. Ini juga termasuk gambar kepada bilik yang ingin disewakan. Bagi kami, sebagai pemilik bilik sewa tersebut, anda perlu mengambil berat serta memandang situasi tersebut dimata mereka yang sedang mencari bilik.

Ada yang memberi alasan bahawa mereka sibuk dan tiada masa. Percayalah, kami berusaha sebaik mungkin untuk meringkaskan proses bagi anda mengiklankan bilik anda. Segala informasi yang telah anda berikan adalah amat berguna bagi pengguna hidup.my yang lain dan memudahkan proses komunikasi kesemua pihak.

Contoh gambar bilik yang kemas dan menarik:

mencari penyewa bilikmencari penyewa bilik

 

Housemate search – Cari profil penyewa bilik

Fungsi yang amat unik di laman web kami adalah selain dari membolehkan semua pengguna untuk mengiklankan bilik secara percuma dan mudah, kami membolehkan pengguna mendaftar sebagai housemate/roommate. Kami mengkhususkan kepada dua jenis pencarian:

1 – People looking for a room (mereka yang mencari bilik)
2 – People looking for a tenant (mereka yang mencari penyewa)

Jika anda mempunyai bilik untuk disewakan di tempat-tempat tertentu seperti Selangor ataupun Kuala Lumpur, anda boleh mencari profil mereka yang sedang mencari bilik ditempat tersebut. Maksudnya, sebelum ini kita hanya menyewakan bilik, sekarang kita boleh mencari penyewa bilik dengan mudah dan bukan hanya menunggu iklan bilik sewa kita dilihat dan kita dihubungi.

Pautan ke pencarian roommate : http://hidup.my/search-people/

Lihat didalam ribuan profil housemate dan roommate yang tersedia di laman web kami dan cari penyewa yang memenuhi kriteria yang anda mahukan. Mudah bukan?

mencari penyewa bilik

mencari penyewa bilik

 

Semoga perkongsian kami ini membawa manfaat buat semua dan selamat mencari dan mengiklankan bilik sewa!


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

 
×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?
 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up

X
- Enter Your Location -
- or -