Ramai di luar sana yang bertanya tentang cara untuk mengiklankan bilik di hidup.my dan adakah sebarang contoh iklan bilik untuk disewa. Mudah atau sukar? Disini kami rungkaikan semua untuk anda. Berikut kami senaraikan 3 langkah mudah bagi pengguna baharu di hidup.my.

Langkah pertama iklan bilik sewa – Daftar pengguna

Daftar dengan mudah dan percuma di laman sesawang kami dengan memilih pilihan “Sign In” di laman utama kami. Lihat foto dibawah ini sebagai panduan yang telah digariskan berwarna kuning.

sewa bilik

Panduan: Tekan pilihan “Register here!” dan lengkapkan butiran yang diperlukan untuk membuat akaun anda. Anda juga boleh mendaftar menggunakan akaun Facebook anda. Mudahkan? Anda juga boleh mendaftar sebagai pengguna di pautan berikut: http://hidup.my/register/.

 

Langkah kedua iklan bilik sewa – Lengkapkan butiran bilik sewa

Setelah mendaftar, pastikan anda memilih pilihan jenis pengguna yang betul. Sebagai contoh, Current Tenant (penyewa sedia ada) atau Live in Landlord (tuan rumah yang tinggal disitu) dan juga jenis pengguna relevan yang lain dan bukan Looking for a room (mencari bilik sewa). Memastikan anda telah memilih jenis pengguna yang betul adalah amat penting bagi pihak kami menentukan fungsi pengguna anda.

Setelah anda berjaya mendaftar, sekiranya anda berada di laman utama, anda boleh memilih pilihan seperti yang tertera didalam foto di bawah ini

sewa bilik

sewa bilik

ATAUPUN

 

 

 

 

 

 

Jika anda berada di Profil akaun anda, anda boleh memilih pilihan “List your room” yang berada di bahagian atas profil anda seperti berikut.

sewa bilik

Anda akan dibawa atau directed ke halaman dimana anda memenuhkan butiran tentang bilik sewa anda!

sewa bilik

Kami di hidup.my juga menerima maklum balas daripada pengguna bahawa langkah memenuhkan butiran tentang bilik sewa agak panjang. Pihak kami juga telah menambah baik dan bagi kami segala butiran itu adalah amat berguna. Ini memudahkan pengguna lain mencari bilik yang anda sewakan tersebut.

Langkah ketiga iklan bilik sewa – Kongsi pada laman sosial

Kongsikan iklan bilik sewa yang anda baru iklankan ke laman sosial. Ianya sebagai hebahan kepada orang ramai khususnya rakan-rakan anda di media sosial. Ini akan menambah potensi untuk bilik anda disewa dengan lebih cepat!

Mencari pengguna yang mencari bilik

Jangan lupa untuk menggunakan fungsi pencarian housemate yang unik di laman web kami. Cari antara ribuan pengguna lain yang sedang mencari bilik untuk disewa sekarang melalui pautan berikut : http://hidup.my/ms/search-people/


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

 
×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?
 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up

X
- Enter Your Location -
- or -