Tidak kira kita dari apa sahaja kepercayaan ataupun agama, ini adalah sandaran kita. Sebagai masyarakat majmuk di Malaysia, kepercayaan kepada tuhan merupakan salah satu tunjang perpaduan atau rukun negara kita.

Sebagai contoh jika dalam bilik sewa yang beragama Islam, mungkin kita perlu sentiasa nasihat-menasihati sesama kita. Itu adalah ajaran agama Islam. Kepercayaan mana-mana agama pun berteraskan toleransi dan persefahaman antara individu.

Admin membawa isu ini kehadapan kerana ia berkait rapat dalam hidup bilik sewa. Ada yang memandang rendah, tetapi kita tidak perlu menjadi seorang yang terlampau konservatif dan menjauhkan orang lebih takut untuk mendekati agama. Jadilah konservatif yang mampu membimbing rakan bilik sewa. Jadilah seorang yang berguna dimana mampu menarik orang lain mendekati agama – dalam perspektif yang elok. Sesama Islam mahupun sesama agama lain yang ada di Malaysia ini. Kerana inilah tunjang perpaduan. Jika kita bermula dengan perbezaan contoh pada kaum, hanya agamalah yang akan mengajar kita untuk tidak melihat bangsa, tetapi melihat orang lain sebagai individu yang mempunyai hak sendiri dan kita meraikan perbezaan.

Juga, melalui agamalah kita akan lebih menghargai diri sendiri dan kemudian orang lain. Jika kita menjaga hati kita, maka kita akan juga menjaga hati orang lain. Hati yang bersih datangnya dari hasil didikan agama yang baik. Surrounding diri kita dengan pengaruh yang baik adalah satu cara untuk memperbaiki diri kita sendiri.
Di sini lah peranan rakan bilik sewa . Mungkin bagi rakan bilik sewa muslim, solat jumaat bersama, bagi Kristian, pergi ke Sunday prayers bersama. Wah, nampak seperti konservatif betul laman web ni bukan!

Tapi itulah hakikatnya, jika perbezaan itu diteraskan pada warna kulit, hanya agamalah yang mampu membimbing kita. Berguna bukan sahaja antara perbezaan kepercayaan, hatta orang yang sama agamanya sekali! Ingatlah, toleransi sesama rakan bilik sewa adalah amat penting.

Mari kita rungkai lebih tentang pencarian bilik sewa! Terasa macam rancangan keagaaman seketika tadi! Dalam misi pertama pencarian bilik sewa, kebanyakkan antara kita akan kumpulkan kawan-kawan dahulu biasanya sebelum menyewa betul tak? Sama juga bagi admin dahulu. Jika kita dari negeri lain yang baru ke KL, mungkin pertama sekali kita akan cari bilik sewa dahulu kerana, mungkin tiada kawan nak kumpul cukup 5 orang contohnya untuk sewa sebuah rumah.

Admin dahulu dan juga kawan-kawan admin lalui benda yang sama. Rasa asing di kota raya besar untuk mencari tempat untuk tinggal. Gila ke apa nak sewa rumah sebuah. Ingat kami ni jenis menabung dari umur 3 tahun nak bayar sewa kat KL ni? Nak beli cincin apatah lagi. Haha.

Jadi beberapa perkara yang kami dahulu cari:

1) Lokasi bilik sewa dekat dengan akses penting

Apakah akses-akses penting ini? Ini boleh jadi highway atau pun boleh jadi LRT atau komuter. Kalau duduk bilik sewa dekat Semenyih nak kerja dekat Taman Tun Dr. Ismail,hmm.. kami tak tahu nak kata apa lah. Mungkin ada jalan yang logik yang menyebabkan anda membuat keputusan sebegitu. Mungkin MRT siap lebih awal dari yang dijangkakan. Kami tak tahu. Apa yang kami tahu adalah pentingnya akses yang dekat dan mudah untuk
berulang dari rumah ke tempat kerja.

Sedangkan tambang Komuter, ERL dan sebagainya sudah pun semakin meningkat, duduk lebih jauh adalah semakin menambah beban kepada kita. Jadi lokasi bilik sewa tu adalah penting.

Selain itu adalah highway. Bagi menyahut seruan kerajaan, kita juga perlulah bangun awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga menggunakan laluan alternatif tanpa tol untuk lebih jimat. Okay, kami tak berani nak huraikan lebih, tetapi, anda dapat point kami. Akses highway dari bilik sewa anda boleh jadi di Subang dan anda boleh menggunakan NKVE ataupun Federal Highway dan juga NPE untuk ke tempat-tempat tertentu berdasarkan hala tuju anda.

2) Keadaan Bilik Sewa

Setelah memilih cara untuk perjalanan pergi dan pulang anda dari tempat kerja mahupun kolej, anda perlu juga memikirkan sama ada jika lokasinya sudah tepat, adakah bilik sewa anda your worst nightmare. Kadang-kadang, ada yang bernasib baik, sewa bilik dalam harga RM400 bagi sebuah middle room dan apartmen pula ada gym, kolam renang dan access card untuk kereta anda. Untung sekali. Jika ada, mungkin di pinggir bandar ataupun di sekitar Petaling Jaya. Ya, ada, tetapi realitinya, berapa ramai yang mampu sewa bilik RM400-RM500 dan pada masa yang sama memandu untuk ke tempat kerja. Contohnya, anda mungkin tinggal di PJS5, option anda adalah memandu ataupun menaiki bas. Jika nak naik LRT, perlu naik bas terlebih dahulu. Nak naik motor, mak tak bagi. Sudah pula, balik ke bilik sewa, macam gua tempat bertapa pendekar pedang yang hilang. Gunakan segala perincian di bahagian amenities tersedia di laman web kami.

Ada yang mahukan bilik sewa yang mempunyai air-cond, ada yang nak boleh memasak, ada yang nak bilik sewa yang ada internet dan sebagainya. Ini terpulang kepada anda, nasihat kami, selaraskan dengan bajet anda dan gunakan segala fungsi pencarian bilik sewa yang kami sediakan. Jika nak lebih ringkas, pergi terus ke bahagian find a housemate. Mungkin dapat membantu anda dengan lebih cepat?

3) Tempoh tinggal Bilik Sewa

Kadang kala, tuan rumah ni cerewet sikit. Katanya, kalau nak bilik sewa, kena tinggal lebih 6 bulan atau sebagainya. Mungkin kerana pengalaman sebelum ni, ramai yang lari, mungkin. Jadi ada tempoh tertentu berdasarkan kontrak yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. Jadi adalah amat penting bagi anda diluar sana sebelum bersetuju menyewa bilik sewa tersebut, anda perlulah jelas tentang terma dan tempoh sewaan tersebut. Jangan nanti tiba-tiba tak puas hati nak keluar dari menyewa disitu, deposit lebur, apa pun tak dapat. Ini penting bagi yang baru-baru je nak mula menyewa bilik. Kadang kala kita asal boleh, tapi kita tak tahu selain kondisi bilik, kita juga kena tahu cara tuan rumah tu! Jangan pakai bedal ke ambil bilik sewa!


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

 
×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?
 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up

X
- Enter Your Location -
- or -