bilik sewa ideal

Dalam misi pertama pencarian bilik sewa ideal, kebanyakan antara kita akan kumpulkan kawan-kawan dahulu biasanya sebelum menyewa betul tak? Sama juga bagi admin dahulu. Jika kita dari negeri lain yang baru ke KL, mungkin pertama sekali kita akan cari bilik sewa dahulu kerana, mungkin tiada kawan nak kumpul cukup 5 orang contohnya untuk sewa sebuah rumah.

Admin dahulu dan juga kawan-kawan admin lalui benda yang sama. Rasa asing di kota raya besar untuk mencari tempat untuk tinggal. Gila ke apa nak sewa rumah sebuah. Ingat kami ni jenis menabung dari umur 3 tahun nak bayar sewa kat KL ni? Nak beli cincin apatah lagi. Haha.

Jadi beberapa perkara yang kami dahulu cari:

1) Lokasi bilik sewa dekat dengan akses penting

Apakah akses-akses penting ini? Ini boleh jadi highway atau pun boleh jadi LRT atau komuter. Kalau duduk bilik sewa dekat Semenyih nak kerja dekat Taman Tun Dr. Ismail,hmm.. kami tak tahu nak kata apa lah. Mungkin ada jalan yang logik yang menyebabkan anda membuat keputusan sebegitu. Mungkin MRT siap lebih awal dari yang dijangkakan. Kami tak tahu. Apa yang kami tahu adalah pentingnya akses yang dekat dan mudah untuk
berulang dari rumah ke tempat kerja.

Sedangkan tambang Komuter, ERL dan sebagainya sudah pun semakin meningkat, duduk lebih jauh adalah semakin menambah beban kepada kita. Jadi lokasi bilik sewa tu adalah penting.

Selain itu adalah highway. Bagi menyahut seruan kerajaan, kita juga perlulah bangun awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan juga menggunakan laluan alternatif tanpa tol untuk lebih jimat. Okay, kami tak berani nak huraikan lebih, tetapi, anda dapat point kami. Akses highway dari bilik sewa anda boleh jadi di Subang dan anda boleh menggunakan NKVE ataupun Federal Highway dan juga NPE untuk ke tempat-tempat tertentu berdasarkan hala tuju anda.

2) Keadaan bilik sewa ideal (?)

Setelah memilih cara untuk perjalanan pergi dan pulang anda dari tempat kerja mahupun kolej, anda perlu juga memikirkan sama ada jika lokasinya sudah tepat, adakah bilik sewa anda your worst nightmare. Kadang-kadang, ada yang bernasib baik, sewa bilik dalam harga RM400 bagi sebuah middle room dan apartmen pula ada gym, kolam renang dan access card untuk kereta anda. Untung sekali. Jika ada, mungkin di pinggir bandar ataupun di sekitar Petaling Jaya. Ya, ada, tetapi realitinya, berapa ramai yang mampu sewa bilik RM400-RM500 dan pada masa yang sama memandu untuk ke tempat kerja.

Contohnya, anda mungkin tinggal di PJS5, option anda adalah memandu ataupun menaiki bas. Jika nak naik LRT, perlu naik bas terlebih dahulu. Nak naik motor, mak tak bagi. Sudah pula, balik ke bilik sewa, macam gua tempat bertapa pendekar pedang yang hilang. Gunakan segala perincian di bahagian amenities tersedia di laman web kami.

Ada yang mahukan bilik sewa yang mempunyai air-cond, ada yang nak boleh memasak, ada yang nak bilik sewa yang ada internet dan sebagainya. Ini terpulang kepada anda, nasihat kami, selaraskan dengan bajet anda dan gunakan segala fungsi pencarian bilik sewa yang kami sediakan. Jika nak lebih ringkas, pergi terus ke bahagian find a housemate. Mungkin dapat membantu anda dengan lebih cepat?

3) Tempoh tinggal Bilik Sewa

Kadang kala, tuan rumah ni cerewet sikit. Katanya, kalau nak bilik sewa, kena tinggal lebih 6 bulan atau sebagainya. Mungkin kerana pengalaman sebelum ni, ramai yang lari, mungkin. Jadi ada tempoh tertentu berdasarkan kontrak yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. Jadi adalah amat penting bagi anda diluar sana sebelum bersetuju menyewa bilik sewa tersebut, anda perlulah jelas tentang terma dan tempoh sewaan tersebut. Jangan nanti tiba-tiba tak puas hati nak keluar dari menyewa disitu, deposit lebur, apa pun tak dapat. Ini penting bagi yang baru-baru je nak mula menyewa bilik. Kadang kala kita asal boleh, tapi kita tak tahu selain kondisi bilik, kita juga kena tahu cara tuan rumah tu! Jangan pakai bedal ke ambil bilik sewa!

 


SIGN INTO YOUR ACCOUNT CREATE NEW ACCOUNT

 
×
CREATE ACCOUNT ALREADY HAVE AN ACCOUNT?
 
×
FORGOT YOUR DETAILS?
×

Go up

X
- Enter Your Location -
- or -